Definisi “Melayu” daripada segi Etimologi
1) Etimologi : Asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna.
2) Pendapat Lain : 
   (a) Zuber Osman :  Malaya singkatan perkataan Hima alaya, alaya (tempat) manakala himalaya (tempat bersalji).
        Pergunungan Himalaya bermaksud asal orang Melayu.
   (b) Batu Bersurat Bukit Gombak Satu (Sumatera) : Perkataan Malaya Pura bermaksud “Kota Melayu”.
   (c) Jawa Kuno : Mlayu yang bermaksud “mengembara”.
   (d) Mohd. Dahlan Mansoer : Nama sebatang sungai iaitu Melayu ada di sebut dalam Sejarah Melayu.
   (e) Van Der Tuuk : Melayu bermaksud “menyeberang”, merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau
        menukar agama daripada agama Hindu Buddha kepada Islam. 
~KONSEP MELAYU
~SALASILA BAHASA MELAYU
~HIPOTESIS TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU

Definisi “Melayu” Berdasarkan Bangsa
1)  Sudut Luas:  Melayu merujuk kepada bangsa Austronesia yang ada di Kepulauan Melayu (Polinesia, Melanesia dan
     Mikronesia)
2) UNESCO: Istilah Melayu merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia,                    Filipina,Madagaskar.
3) Pengertian Melayu merujuk kepada penutur asli :
       o Kawasan Semenanjung Malaysia, Pantai Barat Sabah,Sarawak dan Brunei.
       o Pantai Timur Sumatera.
       o Sepanjang Pantai Kalimantan Barat, Selatan, dan Timur.
       o Riau, Lingga, Bangka, Natuna, Belitung dan Banda.
       o Kawasan Selatan Thailand (Pattani).
       o Sri Lanka, Madagaskar, dan Afrika Selatan.
4) Di Malaysia : termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
       o Seseorang di takrifkan sebagai bangsa Melayu apabila dapat bercakap dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat             istiadat Melayu dan Beragama Islam.
      o Jika mereka murtad atau bertukar kewarganegaraan maka taraf “Melayu”  akan hilang.

SALASILAH BAHASA MELAYU
1)  Salasilah : Asal usul, susur galur dan keturunan.
2)  Salasilah Bahasa Melayu : Kajian tentang asal usul atau keturunan Bahasa Melayu.
3)  Faktor Usia di gunakan untuk meningkatkan bahasa-bahasa di dunia kepada Filum, Rumpun, dan Keluarga Bahasa.
  * Filum : Kelompok Bahasa induk
      (5000 tahun ke atas).
  *Rumpun : Kelompok bahasa
      (2500-5000 tahun).
  *Keluarga : Kelompok bahasa
      (Kurang 2500 tahun).
4)  Bahasa sekeluarga : Menampakkan penyimpangan daripada segi pembentukan kata, bunyi dan golongan kata. Ia            dibahagi kepada Subkeluarga atau Subkelompok.

RAJAH SALASILAH BAHASA
*** rajah ny xdpt di copy, t salin ea.. maaf ye teman2.. hihi... (^__^)

*  Istilah Austronesia : Bahasa Latin “Austro” (selatan), Bahasa Yunani “Nesos” (pulau).
*  Bahasa Austronesia : Bahasa-bahasa di Pulau Selatan.
*  Sebelum istilah Austronesia, istilah yang di gunakan ialah Melayu-Polinesia.

Kelompok Indonesia Pusat :-
~ Bahasa Melayu, Bahasa-bahasa Bumiputera di Sarawak, Kalimantan dan di Kepulauan Indonesia

Kelompok Filipina-Formosa :-
~ Bahasa-bahasa Filipina, Bahasa-Bahasa Bumiputera di Sabah, Brunei, KECUALI bahasa Melayu dan Bahasa Lun                Dayeh. 

Keluarga Nusantara :-
~ Formosa (Utara), Maluku (Timur), Pulau Timur (Selatan), Madagaskar (Barat).
~ Bahasa Melayu Terdiri daripada Bahasa Nusantara. Ia mempunyai 200-300 bahasa.

BAHASA MELAYU MEMPUNYAI 4 PERINGKAT:-
1) BAHASA MELAYU PURBA
2) BAHASA MELAYU KUNO
3) BAHASA MELAYU KLASIK
4) BAHASA MELAYU MODEN

Bahasa Melayu moden
(berasal)
Bahasa Melayu Klasik
(berasal)
Bahasa Melayu Induk

PENDAPAT ASMAH HAJI OMAR :-
~ Kesimpulannya, Bahasa Melayu moden berasal Daripada Bahasa Melayu Purba yang di tuturkan oleh Kelompok Melayu
    Deutro.
HIPOTESIS TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU
KAWASAN ASIA TENGAH
~Orang Melayu berpindah Randah dari Utara ke Selatan. Mereka berasal dari kawasan Selatan China(Yunan),
  Assam (Burma), Champa (Selatan China).
~Berlaku dalam 2 kumpulan

MELAYU PROTO
• Berhijrah ke Nusantara (2500 tahun SM)
• Hidup berpindah randah,pandai Membuat alat Bercucuk tanam, alat perhiasan.
• Di kenali sebagai Zaman Neolitik.
• Dikemukakan oleh P. Sarasin dan F. Sarasin dan diperkukuhkan oleh R.H. Geldern.
• Melalui kajian Geldern terhadap beliung² batu bersegi panjang,didapati kapak² yang diperbuat daripada batu terdapat      di beberapa kawasan anataranya disekitar Hulu Sungai Brahma Putra dan Sungai Irrawadi.
• Kesimpulannya, Beliung² batu tersebut telah dibawa oleh Orang² Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. 

MELAYU DEUTRO

• Berhijrah ke Nusantara (1500 tahun SM).
• Datang dari Daerah Yunan (Selatan China).
• Dikenali sebagai Zaman Logam.
• Membuat alat perburuan dan Pertanian daripada besi.
• Juga pandai dalam bidang Astronomi dan Pelayaran.
• Hidup di tepi pantai dan kemudian bersebar di Kepulauan Melayu.
• Kumpulan ini menyebabkan Melayu Proto berpindah ke kawasan pedalaman (hutan dan pergunungan).
• Menetap di kawasan Persisiran Pantai dan hidup sebagai Nelayan.
• Pandai bermasyarakat :-
~ Berlayar ke Pulau-pulau di seluruh Kepulauan Melayu dan akhirnya berkembang menjadi Bangsa Melayu dan               Bangsa Indonesia yang sekarang.
• J.R. Logan membuat kajian berdasarkan adat resam suku bangsa di Asia.
• Berpendapat bahawa wujud persamaan antara adat resam Kaum Melayu dengan adat resam Kaum Naga di Assam           (Burma).
• G.K. Nieman dan R.M. Clark membuat kesimpulan bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang Bangsa       Melayu.
• Ia turut disokong oleh Sarjana Melayu :-
~ Asmah Haji Omar (Malaysia) : Penghijrahan Orang Melayu tidak berlaku sekali gus dan tidak melalui jalan yang              sama.
~ Slamet Muljana (Indonesia) : Bahasa Austronesia yang didalamnya termasuk Bahasa Melayu dari Daratan Asia.
Walau bagaimanapun, hipotesis pertama ini menimbulkan
   banyak keraguan.
~ Tarikh : Penghijrahan kumpulan Melayu Deutro di katakan berlaku pada 1500 SM, sedangkan kajian arkeologi                     mendapati manusia moden telah Wujud di Kepulauan Melayu sejak 35000 tahun yang lalu.
~ Warna Kulit : Bangsa Melayu (Thailand Selatan, Malaysia, Indonesia, Brunei,Filipina Selatan) berkulit coklat manakala
   bangsa Asia Tengah (China di Timur,India di Barat) berkulit cerah, juga berbeza dari segi kebudayaan dan bahasa.
~ Artifak : Beliung batu digunakan oleh semua masyarakat primitif di seluruh dunia Misalnya di Amerika dan Eropah.
~ Bahasa : Bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia tetapi bahasa Asia Tengah berasal daripada rumpun        China-Tibet.

KAWASAN NUSANTARA
~ Pengkaji mengemukakan beberapa tempat asal bahasa Austronesia beserta dengan buktinya :-            
     (Sumatera,Jawa,Formosa,Melanesia,New Guinea,Filipina)
# Melalui kajian bahasa (Selatan Asia) menunjukkan bahawa bahasa-bahasa di Nusantara memang mempunyai                     hubungan kekerabatan (induknya ialah bahasa Austronesia).        
# C.A. Mees berpendapat bahawa bahasa-bahasa daripada Rumpun Austronesia mempunyai persamaan dari segi   
    Perkataan, sistem imbuhan, dan susunan tatabahasa. Penutur bahasa dikatakan berpusat di persisir pantai di
    Kepulauan Melayu dan kemudian mereka membawa bahasa tersebut ke barat hingga ke Madagaskar (Lautan Hindi)
    dan ke timur hingga ke Pulau Easter (Lautan Pasifik). 
# William Marsden berpendapat bahawa bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia.     Ianya tidak ditemukan dalam bahasa-bahasa di Asia Tengah.
#  Isidore Dyen pula berpendapat orang Melayu mungkin berasal dari Formosa,New  Guinea, atau Melanesia. Dalam              buku Linguistik bandingan Historis karya Gorys Keraf pula menyatakan bahawa orang Melayu sudah sedia ada                 diKepulauan Melayu. Menurut beliau, negeri asal nenek moyang bangsa Austronesia adalah di Indonesia dan
    Filipina.
# Menurut John Crawford, seorang Sarjana Inggeris, tempat asal orang Melayu adalah di Sumatera dan Jawa.
# Ini turut disokong oleh kajian arkeologi kerana penemuan fosil manusia di Nusantara menunjukkan bahawa manusia          telah lama mendiami Kepulauan Melayu.Sebagai buktinya, penemuan fosil manusia menunjukkan bahawa manusia            Jawa telah wujud di Pulau Jawa sejak dua juta tahun yang lalu.
# Kajian terhadap tengkorak manusia menunjukkan bahawa usia tengkorak manusia yang ditemukan di Nusantara lebih      tua berbanding yang ditemukan di Asia Tengah. Ini menunjukkan bahawa nenek moyang bangsa Austronesia dan            Melayu bukan berasal dari Asia Tengah kerana manusia awal telah lama ada di Nusantara.
# Hal ini juga dapat diselidiki dari sudut geografi. Nusantara da Australia dikatakan terdiri daripada dua buah daratan          luas yang telah dihuni manusia. Daratan Nusantara (Pentas Sunda) manakala Australia (Pentas  Sahul).
# Pencairan Glasier menyebabkan Pentas Sunda dan Pentas Sahul ditenggelami air dan beberapa daratan yang tinggi        menjadi pulau. Pentas Sunda berpecah berpecah kepada Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera, Pulau Jawa,        Pulau Kalimantan, dan pulau-pulau lain di Indonesia. Manakala, Pentas Sahul berpecah kepada benua Australia dan          New Guinea.
# Hal ini menyebabkan manusia yang tinggal di situ berpindah dari satu daratan ke daratan yang lain. Kesimpulannya,        perpindahan manusia yang berlaku bukan dari Asia Tengah ke Nusantara tetapi penduduk asal Nusantara berpindah        disebabkan proses geografi. Justeru, orang Melayu pada asalnya memang penduduk di Nusantara. 

**** T A M A T  N O T A  B A B 1 ****